Sabtu, 30 Jun 2012

Perlukah-FORHEART

Assalamualaikum,,,


menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu

                                       khas untuk korang semua :)

THANKS FRIENDS !!!

Assalamualaikum,,

  1.  TERIMA KASIH kat kawan-kawan yang basahkan baju aku..haha
  2. TERIMA KASIH untuk ucapan yang korang buat...(terharu)
  3. TERIMA KASIH atas hadiah-hadiah yang korang bagi dan tak lupa jugak kad ucapan yang comel-comel..
  4. TERIMA KASIH kat 'HAMBA ALLAH' yang tunaikan permintaan aku..huhu..terharu gilerr...rasa macam nak menangis dan kenyataan nyerr aku menangis jugak..haha....sangat comel pembalut coklat tu..haha...
  5. untuk KAMI SAHABAT...TERIMA KASIH ingat hari lahir aku..walaupun korang jauh dari aku korang masih ingat...
  6. untuk SHUADA YUNUS,,aku mintak maaf sebab tak dapat telefon kau pukul 12 malam...haha..diaorang tak nak menyorokkan bantal aku pun...:)



                              inilah hadiah paling istimewa dari HAMBA ALLAH
                           haha..Terima Kasih...yep..NUR AFIFAH YAZID...

                             

Jumaat, 15 Jun 2012

Public Phone :)

Assalamualaikum


                 Hari tu..aja main2 mainan dalam Facebook lepas tu soalan macam nie...

                              Telefon apa yang selalu UMAIRAH JOHARI guna...

                              haha...kelakar ..memang tepat pun...maklumlah budak asrama..telefon apa yg ada..public phone jelah..haha..dr form 1 smpi form 4 duduk asrama..haha..tp aq pelik arr even punya lme duduk asrama tp still nk nangis bila x dpt balik..kadang2 diaorg ckp aq HOMEsICK...

Khamis, 7 Jun 2012

Hang Out With Kami Sahabat

Assalamualaikum

                     Pada tarikh 7/6/2012..kitaorg wat perjumpaan Kami Sahabat..haha..nasib baik ibu kasi pegi..hihihi..nie yg cyunk ibu lebih...lepas tu kitaorg tgk wayang sama2...cerita MEN IN BLACK...huhu..best arr jgak...nie first time tgk wayang..haha....yg gie pun 6 org je..yg 2 org lagi ada hal.. x pelah..happy sgt dpt jumpa diaorg....rindu giler..nasib baik tempat public klu x aq peluk diaorg smua...lme jgk arr kitaorg pegi dr pukul 11:30 sampai pukul 6:45..haha


                                                  sweet x?
                                          comel nyerr awak...
                                                      haha...dlm toilet pun bleh..!
                                                dlm lif..tu yg mcm gegar..
                                                siapa nk wat calon isteri..?
  waktu balik beli JCO utk adik2..haha...along yg beli arr..aq tlg makan je..nasib baik ada along klu x...x makna aq nk beli


Hang Out With Family

Assalamualaikum


              Haritu pergi jln2 ngan family..jln2 kat melaka je..mula2 gi Tesco pastu gi makan kat Sata R&K..sedap arr jugak..huhu..gi jln ngan kete bru ayah..haha...best arr gi jln2..dh lme x gi jln2....




                                    naim kekenyangan...

                                    haha..lepas habis makan bru amik gambar.

Cuba bce nie !!

Assalamualaikum

7 Petala Kepincangan dalam 7 Petala Cinta!!!

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.

Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.

Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/watch?v=zeWzuFHI1Q8

2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.

3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )

Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.

4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:
"Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?

5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?

Mulut tutup, aurat lengan buka.

6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.

7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.

Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?

Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.

Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."

7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.

Sebelum menonton, anda kena ingat:-

1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.

2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.

3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.

4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.

5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.

p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.

"Astaghfirullah" =(