Ahad, 2 Disember 2012

Adab Berwuduk

Assalamualaikum..



Adab berwuduk

1. Mengadap kiblat, kerana kiblat merupakan arah yang paling utama dan perbuatan seperti ini juga merupakan sunnah Rasulullah SAW.
2. Berada pada tempat yang tinggi untuk mengelakkan dari percikan sisa air wuduk yang telah digunakan.
3. Tidak berkata-kata dengan orang lain tanpa adanya sesuatu yang penting.

4. Menggunakan tangan kanan ketika mengambil air untuk berkumur, membasuh muka dan membasuh kepala. Menggunakan tangan kiri pula ketika hendak membuangkan kotoran atau hingus yang terdapat di dalam hidung.
5. Melaksanakan wuduk sebelum masuk waktu solat bagi orang yang tidak uzur. Perbuatan seperti ini adalah langkah bersegera untuk mengelakkan masbuk.
6. Hendaklah menjimatkan air ketika wuduk, kerana perbuatan membazir itu adalah makruh dan sebahagian dari perbuatan syaitan.
7.Membaca syahadah dan doa setelah selesai berwuduk.

Selamat beramal:-D
 
 


 
*copypastefromfacebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan