Ahad, 10 Februari 2013

Kelebihan Al Mulk

Assalamualaikum...



Kelebihan Surah Al-Mulk..




Ada diceritakan dalam al-Quran bahawa seorang yang ber'amal dengan surah al-mulk.. Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal.. Sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati.. Malaikat berkata "ya ahlul kitab.. Aku kenal kamu.. Kamu al-mulk.. Kenapa kamu datang ke sini?"

Seraya al-mulk menjawab "Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia ber'amal dengan aku.. Aku sebati di dalam kerongkang manusia ini.. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini.."

Malaikat menjawab, "Wahai al-Mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."

Lantas surah al-Mulk datang kepada Allah.. "Wahai Allah.. Aku adalah kitab-Mu.. Aku mahu melindungi manusia itu.. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dari Al-Quran MU.."

Maka Allah memberi keizinan kepada al-Mulk.. Terus al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut.. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia.. Al-Mulk menjerit dengan gerunnya, "Ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat.. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dalam kubur.. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."

*Nabi Muhammad saw berjanji sesiapa yang ber'amal surah al-Mulk akan terhindar daripada siksa kubur.. Wallahualam...

P/S: Rasulullah SAW tdk akan tidur sebelum Baginda SAW menyelesaikan (khatam) surah Al Mulk & As Sajadah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan