Family :))







Assalamualaikum,

Dalam keluarga aku ada tujuh ahli. Aku ni anak kedua. Orang cakap anak kedua ni garang dan sensitif. Entahlah, i can't judge myself. People do :) Aku ada sorang kakak, dua orang adik perempuan dan sorang anak lelaki. 

Johari Jendol.
Rosila Abdul Muid.
Shuhadah Johari.
Umairah Johari.
Hasanah Johari.
Radhiah Johari.
Muhd Naim Johari.

FAMILY SWAG :) 

Ni semua nama adik beradik aku. Pendek kan? Ayah cakap, ayah tak suka nama anak-anak ayah panjang. Aku panggil kakak aku tu, kaklong. Lain daripada yang lain sebab adik adik panggil kaklong dengan nama kakdah. Mungkin sebab aku lama hidup dengan kaklong sebab jarak aku dengan adik jauh sikit. Kalau tengok gambar gambar lama pun, banyak gambar aku dengan kaklong. Sekarang ni, kaklong sekarang di Uitm Puncak Alam dalam jurusan farmasi.

Bawah aku, Hasanah Johari. Yang ni, kitaorang panggil dia ana. Tahun ni [2016], dia dah tingkatan empat dekat SBPI Selandar. Dialah yang selalunya tolong aku dalam edit mengedit blog.Dia jugalah yang suka panggil aku GIANT !!! Bawah ana pula, diah dan naim. Diah sekarang tingkatan dua. Naim pula dah darjah lima . Diah ni feminin sikit, suka dengan baju, kasut, beg takpun bab bab baking cake ni. Naim pula terlebih manja! Perut dia memang asyik masuk makanan je. Kesannya boleh tengok sendiri hahaha.

Aku bersyukur ada keluarga yang bahagia. Ya, mungkin aku tak hidup dalam keadaan mewah tapi alhamdulilah mempunyai keluarga yang sederhana ini is more than enough :)

1 ulasan: